Friday, April 19, 2024

Surat Penghulu Nan Berempat kepada Charles Miller, Marlborough (MS 40320/2, f.27) berkaitan perniagaan

Qawluhu al-Haqq

Bahawa inilah kalamat surat al-ikhlas yang dihiasi dengan beberapa hormat dan kemuliaan serta salam doa al-ta'zim dan ma'a al-takrim iaitu datang daripada Penghulu Nan Berempat serta Pendeta Maulana Saudagar Besar yang duduk sekarang dalam negeri Batang Asi jua adanya syahidan dan barang disampaikan Allah Subahanahu wa Ta'ala apalah kiranya datang ke dalam tangan Tuan Mister Mila Peter Besar yang memegang perniagaan sekarang duduk memelintahkan wardi kompeni dalam kota Malbara syahidan 

Thursday, April 18, 2024

Surat Sultan Muhammad Shah dan Tuanku Raja Perempuan kepada Charles Miller Muko-muko (MS 40320/2, f.27) berkaitan pas membawa kerbau

Qu al-Haqq walau kan mur

Bahawa inilah surat serta tabik banyak2 iaitu daripada Tuanku Paduka Seri Sultan Muhammad Shah dan Tuanku Raja Perempuan barang disampaikan Allah Subhanahu Wa Ta'ala jua apalah kiranya datang kepada Tuan Komandor Mister Charles Mila yang memerintahkan dalam negeri Muko2 lalu ke Indera Pura wa ba'dah 

Tuesday, April 16, 2024

Surat Raja Bendi (MS 40320/2, f.26) berkaitan semambu

Ini semambu Raja Bendi Rudi Peter sebentar ini mengajung kamu gunjing turun ada rejung dalam semambu belayar tentangan Bintan sekian tajam pengirisir pembuka persalah bernisan badan ditiup angin melayang jauh

Surat Teuku Dapa Singkel kepada Mister Crips di Kuala Natar (MS 40320/2, f.25) berkaitan Panglima Po Jandi

Bahawa inilah alamat tabik banyak2 iaitu terbit daripada hati yang putih dan muka yang yang jernih iaitu daripada Teuku Dapa yang telah ada hayat sekarang dalam Nenggeri Kuala Syingkel jua adanya barang disampaikan Allah apalah kiranya kepada sahabat kami iaitu Orang Kaya Komandor Mister Krips yang telah ada hayat dalam Nenggeri Kuala Natar barang diselamatkan Allah umur panjang dalam dunia ini 

Monday, April 15, 2024

Surat Penghulu2 Bayang kepada Komandor di Padang (MS 40320/2, f.16 & f.17) berkaitan penerimaan surat yang dikirim

Qawl al-Haqq wa lau kan Murra

Bahawa inilah alamat surat daripada segala Penghulu2 Bayang jua adanya tabik banyak2 kepada Tuan Komandor jua adanya seperti surat yang dikirimkan kepada kami sudahlah selamat dengan sempurna matnya mengertilah kami barang apa2 dalamnya itu pun kami kerjakan bicara itu sangatlah kami susahkan amah jua katanya kami nanti jua janji itu itu sampai janji itu tiada ianya amah dari itulah kami labat memalas surat Tuan Komandor sangatlah kami diperbual2nya dibicara itu patuklah dipugar sedikit di Tuan Komandor kerana sangat kami ia kasih mal dibicara itu tamat

Surat Jurutulis John Crisp di Bayang kepada John Crisp di Padang (MS 40320/2, f.15) berkaitan harga barang dan beras (24 Ogos 1800)

 'Ala al-Muhtaram

Bahawa adalah tabik banyak2 daripada hamba Jurutulis Tuan Komandor Jan Krips yang ada sekarang dalam negeri Bayang syahadan barang disampaikan Allah Subhanahu Wa Ta'ala jua kiranya datang menjelang Tuan Komandor Jan Krips kepala yang memerintahkan sekalian daerah Pesisir Barat di negeri Padang wa ba'dahu 

Friday, April 12, 2024

Surat Raja Tarusan kepada John Crisp bergantian pergantian Raja (MS 40320/2, f.13 & f.14)

Qaw al-Haqq wa kan mur

bahawa inilah alamat surat tabik banyak2 serta tulus dan ikhlas diiring pula dengan hati putih dan muka yang jernih iaitu daripada pihak hamba Raja Tarusan adanya maka barang disampaikan Allah Subhanahu wa Ta'ala apalah kiranya datang menjelang wajah tuan Komandor Mista Krips kepala yang memerintahkan sekalian daerah Pesisir Barat di negeri Padang serta dilanjutkan Allah usia umur zamannya dalam dunia ini amin thumma amin wa ba'dah