Saturday, August 13, 2016

Surat Tuan Syed Muhammad (Terengganu?) kepada Francis Light (MS40320/4, f. 5) berkenaan hutang 10 bahara rial (27 Syaaban, Isnin)

Ya ‘Aziz al-Karim

surat tulus ikhlas muafakat yang tiada berkesudahan selagi ada cakerawala matahari dan bulan daripada Tuan Syed Muhammad yang duduk bernaung di dalam susunan barang disampaikan Allah kepada Dato’ Gurnador Pulau Pinang yang akil bijaksana telah masyhurlah kepujian sampai ke manan2  wa ba’d 

Surat daripada Raja Muda kepada Kapten Scott (MS40320/4, f. 4)

Bismillah al-rahman al-rahim 
al-hamd lillah rab al-‘alamin wabihi nasta’in ‘ala umur al-dunia wa al-din wa salla Allah ‘ala sayyidina wa rasulina Muhammad khatam al-nabiyyin wa ‘ala alih wa sahbihi ajma’in 

Permintaan Sultan Selangor kepada Dato (Gurnador Pulau Pinang?) (MS40320/4, f. 56) berkenaan barang-barang besi, senapang, kikir gergaji, kain dan papan jati

maka adalah fasal perkara minta Yang Dipertuan Selangor dengan Dato’ pertama2 besi seratus tiga puluh pikul minta dengan harga belian Pulau Pinang kepada Dato’ melainkan dengan segeranya di dalam bulan tibul  lima hari bulan itu hendaklah sampai ke Selangor kerana Yang Dipertuan hendak menyuruh membawa ke Jawa akhwal  besi itu jikalau lampau daripada lima hari bulan tibul  itu tiadalah ambil besi itu oleh Yang Dipertuan 

Saturday, August 6, 2016

Surat Teuku Muda Muhamad Saat Teluk Semawi kepada Francis Light (MS40320/4, f.3) berkenaan penghantaran beras ke Pulau Pinang

Tulus dan ikhlas syerta suci hati yang tiada terhingga dan tiada bermasa selagi ada kiranya puayuran(?) jika wa al-nur al-syams wa Allah wa al-muqawwad dan syerta pukesaran(?) dan malam dan siang itu daripada hati barang disampaikan oleh Tuhan seru alam sekalian alam apalah kiranya dan kepada sahabat Gunador Pulau Pinang yang beroleh kebesaran dan kemuliaan yang memerintahkan bandar Pulau Pinang Kompeni di dalam daerah nenggeri Pulau Pinang dan yang mengasihi segala dagang wa al-ba’d maka adalah diumpamakan seperti sepohon kayu di tengah padang yang rompak lagi rendang daunnya dan syerta harum baunya maka sekalian pun bernaunglah di bawahnya kepada ketika tengah hari maka sekalian burung pun makanlah buahnya maka angin pun bertiup dengan lemah lembut maka syerilah bawanya yang amat lazat cata rasyanya maka mesaralah kepada segala anggota maka mengucap syukurlah segala yang berbawang di bawahnya itu maka masyahurlah wartanya kepada segala alam sebab mendengar perangai yang demikian itu maka rindulah kita maka inilah akan ganti surat kita dan lagi arif bijaksana kepada memerintahkan kepada berkasih kasihan antara sahabat dan handai taulannya wa ba’d 

Surat Po Kut Nadabah Teluk Semawi kepada Francis Light (MS40320/4, f.2) memesan kain putih gajah, opium, senapang

Al-hamdu lillah asma’ al-‘izam wa rab al-‘arsy al-kiram wa ihtimal alaihi khairuh al-akmal wa al-salat wa al-salam ‘ala Muhammad wa ‘ala alihi wa ashabihi al-azim wa bi al-hidayah al-a’yan al-karim telah selesai daripada memuji sifat  al-rahman wa bi a-qudrah al-a‘la dan selawat akan nabi ila akhir al-zaman maka diidafatkan dalamnya sembah banyak2 serta ta’zim dan takrim iaitu daripada Nakhoda Po Kut Nadabah yang hina dina lagi miskin dan yatim kepada pangkat yang a’la dan darjat yang tinggi iaitu Gurnador Pulau Pinang yang telah ditolongkan Allah dan sekalian nabi dari dunia datang ke akhirat Amin ya Rab al-‘alamin amma ba’d 

Friday, August 5, 2016

Surat Sultan Ibrahim Selangor kepada Francis Light (MS40320/4 folio 48) berkenaan penghantaran 2 orang Selangor mengerjakan haji (Jumaat 17 Rabiul Akhir 1207, 30 November 1792)

Al-shams wa al-qamar 

bahawa ini warkah al-ikhlas wa tuhfat al-ajnas yang terbit daripada hati yang putih suci lagi jernih iaitu daripada Sultan Ibrahim yang ada semayam di atas singgasana tahta kerajaan di dalam bandar negeri Selangor Darul Khusus barang disampaikan Tuhan seru alam sekalian kepada sahabat kita Gubernor yang memerintah di dalam bandar negeri Pulau Pinang Darul Aman ialah yang telah masyhur wartanya sangat mengasihan segala anak dagang yang keluar masuk bandarnya itu amma ba’du