Wednesday, October 26, 2016

Salinan Surat Francis Light kepada Penggawa Telibon (MS40320/9, f. 55) berkenaan pembelian papan dan tiang (4 Rabiul Awal, Rabu, 2 Disember 1788)

Al-Mustahaqq

Surat tulus ikhlas muafakat yang tiada berkesudahan daripada beta Gurnador Pulau Pinang sampai kepada sahabat beta To’ Penggawa Telibong yang akil bijaksana wa ba’du dari itu ahwal akan fasal papan dengan tiang itu sahabat beta himpun taruh kerana beta tengah duduk suruh siap kiji  hendak pergi terima ambil papan dan tiang itu jikalau tiada muat kiji  boleh sahabat beta tolong muat dalam perahu beri mari bersama2 sebermula akan perahu sagur beta pinta dahulu empat buah itu minta sahabat beta beri mari juga kerana beta banyak susah hendak muat barang bawa ke kapal lagi pun barang yang kekurangan sahabat beta nyata mari boleh beta beri pergi ahwal inilah beta takrifkan perbuat surat pada empat haribulan Rabi’ al-Awal hari Arba’ tamat

Francis Light 2 Dec. 1788

[Di belakang surat]

Dato Penggawa

No comments:

Post a Comment