Friday, August 5, 2016

Surat Sultan Ibrahim Selangor kepada Francis Light (MS40320/4 folio 48) berkenaan penghantaran 2 orang Selangor mengerjakan haji (Jumaat 17 Rabiul Akhir 1207, 30 November 1792)

Al-shams wa al-qamar 

bahawa ini warkah al-ikhlas wa tuhfat al-ajnas yang terbit daripada hati yang putih suci lagi jernih iaitu daripada Sultan Ibrahim yang ada semayam di atas singgasana tahta kerajaan di dalam bandar negeri Selangor Darul Khusus barang disampaikan Tuhan seru alam sekalian kepada sahabat kita Gubernor yang memerintah di dalam bandar negeri Pulau Pinang Darul Aman ialah yang telah masyhur wartanya sangat mengasihan segala anak dagang yang keluar masuk bandarnya itu amma ba’du 


maka ada pun kemudian daripada itu akan ahwal adalah orang kita dua bersaudara seorang bernama Hasan seorang bernama si Ganti berniat naik haji ke Baitul Haram dari itulah kita minta tolong sahabat kita tumpangkan pada kapal ke Surati atau ke Mumbaik atau kapal ke Koching itu pun jikalau baik kepada sahabat kita serta dengan dia boleh2 sahabat kita tolong kita dan seperti lagi boleh dengan tolong sahabat kita serta surat cap sahabat barang ke mana negeri boleh dia bawa supaya mudah dapat menupang kapal Inggeris atau kapal Malibari atau Surati 

ahwal itulah dan suatu pun tiada alamat al-hayat daripada kita hanyalah hingatan jua kepada siang dan malam intaha al-kalam bi al-khair ‘ala al-dawam bi tarikh sanah 127
tersurat kepada hari Jumaat tujuh belas hari bulan rab al-akhir kepada pukul dua jam kompeni qaf tho mim ya ra

No comments:

Post a Comment