Friday, August 12, 2016

Permintaan Sultan Selangor kepada Dato (Gurnador Pulau Pinang?) (MS40320/4, f. 56) berkenaan barang-barang besi, senapang, kikir gergaji, kain dan papan jati

maka adalah fasal perkara minta Yang Dipertuan Selangor dengan Dato’ pertama2 besi seratus tiga puluh pikul minta dengan harga belian Pulau Pinang kepada Dato’ melainkan dengan segeranya di dalam bulan tibul  lima hari bulan itu hendaklah sampai ke Selangor kerana Yang Dipertuan hendak menyuruh membawa ke Jawa akhwal  besi itu jikalau lampau daripada lima hari bulan tibul  itu tiadalah ambil besi itu oleh Yang Dipertuan 


sebagai lagi pinta Yang Dipertuan kepada Dato’ senapang kopeni  tiga puluh pasang yang baiknya serta dengan kerpainya itu pun bersama2 juga dengan suruhan Dato’ itu 

sebagai lagi kikir gaji suatu lusan serta bersama2 jua 

sebagai lagi kain celupan barang sepuluh kodi itu pun jikalau dapat dengan harga murah 

sebagai lagi papan jati lima belas keping tebalnya tujuh jari 

akhwal inilah adanya hubaya2 jangan tiada tamat

[Di belakang surat]

Raja Selangor

No comments:

Post a Comment