Saturday, December 5, 2015

Surat Raja Ali Selangor kepada Francis Light (MS40320/3 folio 62) untuk meminjam wang selaksa rial (17 November 1788)

Al-Shams wa al-Qamar 

Bahawa ini surat tulus dan ikhlas serta suci hati putih hati iaitu daripada Raja Ali barang disampaikan Tuhan sarwa sekalian alam apalah kiranya datang kepada sahabat kita Gubernor di Pulau Pinang yang beroleh perintah di bawah kompeni Inggeris yang beroleh nama sekalian kepada orang Islam negeri Timur ini amma ba’dah 

kemudian daripada itu kita memberi surat kepada sahabat kita jikalau ada tolong sahabat kita kepada kita2 minta tolong utang  kepada sahabat kita rial barang selaksa jikalau boleh sahabat kita tolong kepada kita sahabat kita berikan kepada Ta  Haji Mahmud kerana kita belumlah lagi dilepaskan oleh saudara kita Raja Selangor kerana kita hendak balik ke sinun mengambil saudara kita sekaliannya datang ke Selangor kerana kita kurang belanja itu maka kita hendak berutang  dahulu kepada sahabat kita jikalau ada dengan tolong sahabat kita hendaklah sahabat kita segerakan Haji Mahmud itu balik ke Selangor dengan dalam bulan ini juga dan lagi ada orang kita Kur  Khatib hendak naik haji hendaklah sahabat tumpangkan dengan segeranya suatu pun tiada alamat kepada kita datang kepada sahabat kita hanya tabik banyak2 adanya tersurat di dalam negeri Selangor pukul jam 3

No comments:

Post a Comment