Wednesday, December 16, 2015

Surat Yusuf kepada Francis Light (MS40320/3 folio 67) berkenaan kes perbicaraan harta

Al-Shams wa al-Qamar

Bahawa ini menyatakan kirim tabik daripada Yusuf, disampaikan Tuhan kita Hannan al-Mannan apalah kiranya kepada pihak majlis Dato’ Gurnador yang bertahta dalam daerah bandar Pulau Pinang, ialah yang sangat bijaksana, barang suatu ahwalnya dangan segala sahabat handainya karib dan ba’id dan ialah yang sangat mengasihani segala fakir dan miskin. Maka masyhurlah pada segala tanah timur dan barat akan warta yang baik, barang ditambahi Allah kebesarannya serta perkasa pada segala seterunya dengan tolong Tuhan Wahid al-Qahhar, amin ya Rab al-‘alamin wa ba’dah.

Friday, December 4, 2015

Surat Abdul Rahim Haji Abdullah Melaka kepada Francis Light (MS40320/3 folio 65 & 66) berkenaan mengutip hutang daripada Nakhoda Pu Pali (19 Rabiul Akhir 1207, 4 Disember 1792)

Ya Qadiya al-Hajat

Bahawa warkah al-ikhlas yang terbit daripada fua[d] al-azkiah yang termaktuba dalam secarik suhuf al-tamam. Wa as-solat wa al-salam ala saiyid al-mursalin, wa ala alihi wa sahbihi ajmain. Maka inilah al-salamullah Malik al-Alam yang dipesertakan dengan beberapa tahmid yang terafdal, doa yang terakmal, dihiasi dalamnya tahiyyat al-kiram, sudi dengan tecari(?) ala al-dawam, yang tiada berkeputusan fi jami’ al-lail wa al-ayyam, iaitu da[ri]pada Encik Abdul Rahim bin Haji Abdullah yang bernaung dalam bandar negeri Melaka, barang diwasalkan tuan kita seru alam, apalah kiranya datang kepada Senyur Gurnador yang mempunyai perin[t]ah dalam negeri Pulau Pinang Darul Aman, telah beroleh martabat kebesaran dan kemuliaan daripada Tuhan kita seru alam, serta mempunyai perangai pada hal melakukan atas segala sahabat handai taulannya, lagi pengasih dan penyayang akan segala dagang yang musyafir ialah sangat kebilangan daripada tiap2 negeri, istimewa kepada segala samanya raja2 yang adil pada hal memerintahkan segala pekerjaan yang sempurna, waba’du.

Surat Tengku Raden Muhamad kepada Francis Light (MS40320/3 folio 64) berkenaan hamba Tenu (5 Syawal 1206, Ahad, Tahun Alif, 27 Mei 1792)

Al-Mustahaqqah

Surat tulus ikhlas berkasih kasihan muafakat yang tiada berkesudahan daripada Tunku Raden Muhammad, mari sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang aqil bijaksana, yang telah masyhur kedengaran sampai kemana mana, perintah bersahabat hina dina.

Surat Tengku Raden Muhamad kepada Francis Light (MS40320/3 folio 63) berkenaan masalah jenayah bunuh di lautan

Al-Mustahaqqah

Surat tulus ikhlas berkasih kasihan, muafakat yang tiada berkesudahan, selagi ada cakerawala matahari dan bulan, kepada pihak bersahabat handai dan taulan, daripada Tengku Raden Muhamad sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang aqil bijaksana, telah masyhur sampai kemana mana, kepada pihak bersahabat yang sempurna, sampai ke barat lalu ke timur kedengaran bahana.

Surat Raja Ali Selangor kepada Francis Light (MS40320/3 folio 62) untuk meminjam wang selaksa rial

Al-Shams wa al-Qamar

Bahawa ini surat tulus dan ikhlas serta suci hati putih hati, iaitu daripada Raja Ali, barang disampaikan Tuhan seru sekalian alam apalah kiranya datang kepada sahabat kita Gubenor Pulau Pinang yang beroleh perintah di bawah kompeni Inggeris yang beroleh nama sekalian kepada orang Islam negeri timur ini, amma ba'dah.

Wednesday, December 2, 2015

Salinan Surat Perjanjian Laksamana Kedah kepada Francis Light (MS40320/3 folio 60) berkenaan ambilan yang dihantar ke Salang (22 Syawal 1181 = 12 Mac 1768)

Qawluhu al-Haq

Ini disalin daripada daftar besar diberi pergi ke Salang di suruh beri pada Orang Kaya Light Kapitan Dewa Raja, minta dikeluarkan beri mari. Ha.

Surat Tengku Raden Muhammad kepada Francis Light (MS40320/3 folio 59) berkenaan perjanjian untuk membuka perniagaan di Pulau Pinang

Al-Mustahaqqah

Surat kasih sayang serta tulus ikhlas yang tiada berkesudahan selagi ada perkitaran bulan dan matahari dalam cakerawala, daripada Tengku Raden Muhamad ibn Pangeran Sharif, sampai pada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang amat bijaksana pada segala pekerjaannya.

Surat Tengku Raden Muhamad kepada Francis Light (MS40320/3 folio 58) berkenaan masalah penebusan Mak Banun anak beranak

Al-Mustahaqqah

Surat tulus ikhlas berkasih kasihan muafakat yang tiada berkesudahan selagi ada cakerawala matahari dan bulan kepada pihak bersahabat handai dan taulan, daripada Tengku Raden Muhamad mari sampai kepada sahabat beta Guanador Pulau Pinang yang akil bijaksana telah masyhur sampai ke mana mana, dari atas angin dan ke bawah angin kedengaran bahana pada perintah kebajikan kedua pihaknya dengan sempurna.

Tuesday, December 1, 2015

Surat Francis Light kepada Laksamana Kedah (MS40320/3 folio 56) berkenaan hutang Cik Sama, Cik Cak dan Bendahari Muhamad Lebai dan Surat jawapan daripada Sultan Abdullah Kedah

[Surat 1: Daripada Francis Light kepada Laksamana]

Ya ‘Aziz al-Karim

Surat tulus ikhlas muafakat yang tiada berkesudahan daripada beta, Gurnador Pulau Pinang, sampai kepada sahabat beta Dato’ Laksamana yang amat mulia, wa ba’du.

Surat Raja Muda Kedah di Perlis kepada Francis Light (MS40320/3 folio 55) berkenaan penyiasatan kes kematian Haji Ali

Al-Mustahaqqah

Surat tulus ikhlas serta kasih mesra sedia yang tiada berputusan daripada beta Raja Muda yang di atas pekerjaan di kota Indera Kayangan, sampai kepada sahabat beta Gurnador yang di atas kebesaran dan kemuliaan di kota Pulau Pinang yang amat arif bijaksana, telah tergah masyhurlah ke mana2 dari atas angin dan bawah angin, lagi pandai pada jalan berkasih kasihan dengan segala handai taulan dan amat budiman dan setiawan dermawan pada segala fakir miskin. Maka yang demikian itu janganlah berubah2 selagi ada perkitaran cakerawala matahari dan bulan, dengan perangai yang lemah lembut pada pihak kebajikan aktar(?).

Surat Encik Lu Ngak kepada Francis Light di Salang (MS40320/3 folio 54) berkenaan penghantaran dagangan ke Salang

Al-Mustahaqqah

Surat tulus ikhlas daripada saya, Encik Lu Ngak yang bermakam di bandar Perlis kota Indera Kayangan di negeri Kedah Darul Aman, datang kepada pihak sahabat saya Kapitan Light Dewa Raja yang istirehat di negeri Salang, yang amat mengasihi handai taulan selagi ada perkitaran cakerawala matahari dan bulan, nantiasa kasih tiada berputusan, yang pandai memerintahkan dengan segala sahabatnya bersetiawan, telah masyhurlah arif bijaksana dengan perangai yang sempurna, sampailah gahnya ke mana mana, dari atas angin dan ke bawah angin kedengaran bahana.