Monday, November 30, 2015

Surat Penggawa Tua Kedah kepada Piya Rat (MS40320/3 folio 53) menyatakan bahawa beliau tidak boleh pergi ke Salang

Ya Hannan

Adinda penggawa maklumkan surat kasih sayang ke hadrat kekanda Piya Rat kapitan yang teramat Aziz al-Karim, bertambah2 martabat ketinggian dan kebesyaran serta sangat kasih mengasih pada segala handai taulan, melimpahkan rahmat atas segala fakir dan miskin, melanjutkan mahabbat al-mukarram menyukakan hati segala handai yang setiawan serta dengan bijaksana lagi dermawan, pandai mengambil hati segala hamba Allah Ya Za al-Jalal Wal Ikram.

Surat Nakhoda Marikan (Raja Pahlawan Ali Khan) kepada Kapten Scott (MS40320/3 folio 52) berkenaan harga pinang di Acheh

Kasih serta sayang daripada Nakhoda Marikan iaitu Raja Pahlawan Ali Khan sampai kepada Tuan Kapitan Uskat yang istirehat.

Sunday, November 29, 2015

Surat Sultan Abdullah kepada Francis Light (MS40320/3 folio 51) berkenaan masalah orang-orang dari Bernam

Al-Mustahaqqah

Surat tulus ikhlas berkasih-kasihan daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang telah masyhur perintah keraja kebajikan. 

Surat Sultan Abdullah kepada Francis Light (MS40320/3 folio 50) berkenaan permintaan wang daripada Siam dan masalah ekonomi di Kedah

Al-Mustahaq

Surat kasih sayang serta tulus ikhlas yang tiada berkesudahan daripada beta Sultan Abdullah sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang. 

Surat Sultan Abdullah Mukaram Shah kepada Francis Light (MS40320/3 folio 49) berkenaan tuduhan untuk membunuh Francis Light

Al-Mustahaqqah

Surat tulus ikhlas berkasih kasihan daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang bijaksana lagi arif memerintahkan segala pekerjaan, telah masyhur pada segala negeri.

Tuesday, November 24, 2015

Surat Sultan Abdullah Mukaram Shah Kedah kepada Francis Light (MS40320/3 folio 46) berkenaan permintaan 50 koyan beras dan mata-mata menangkap orang

Al-Mustahaqqah

Surat kasih sayang tulus dan ikhlas daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang.

Surat Sultan Alauddin Johan Berdaulat Aceh kepada Francis Light (MS40320/3 folio 45) berkenaan jualan lada dan kuda

Insya Allah Taala, ini surat terbit di dalam kain kalbu, iaitu keluar di dalam kota cahaya permata, sampai pihak wajah sahabat kita Komodor Light.

Francis Light (MS40320/3 folio 44)

[MS40320/3 f.44v]

Ini surat akan Komander Light.

Surat Nakhoda Pu Saleh kepada Francis Light (MS40320/3 folio 43) berkenaan kapal yang dibawa lari dan peperangan yang berlaku di Acheh sekarang

Salam doa banyak2 siang dan malam tiada berputusan iaitu daripada Tuan Nakhoda Pu Saleh, barang disampaikan Allah Subhanahu wa Taala jua kiranya kepada saudara hamba iaitu Tuan Komandur Light yang telah ada sudah banyak kasih akan hadrat tuan kita di Aceh bandar Dar al-Salam, 

Monday, November 23, 2015

Surat Nakhoda Pu Ali Acheh kepada Francis Light (MS40320/3 folio 42) berkenaan barang dagangan pinang dan papan dan hadiah kain kepada Francis Light

Ya Qadiy al-Hajat

Alhamdulillah rab al-‘alamin wa al-‘aqibat lilmuttaqin wala ‘udwan illa ‘ala al-zalimin yau tul Allah zaman ‘umruh bil a’mal al-saleh wazaduhu khairan fi kulli yaum walailat wa ihsan ila yaum al-din serta diiring dengan beberapa puji yang indah2 dan beberapa rindu serta dendam yang tiada bermasa dan ketika, pada siang dan malam, iaitu daripada Tuan Nakhoda Pu Ali, barang disampaikan Allah Subhanahu wa Taala kiranya kepada saudara hamba Tuan Kapitan Mister Leh yang dipeliharakan Allah daripada segala mara bahaya dan ditambahkan oleh Tuhan kita Jalil al-Jabbar akan umurnya min dar al-dunya ila dar al-aman dan yang masyhurlah segala nenggeri yang lain nama yang kebajikan dan beberapa puji dalamnya tiada berkeputusan, amma ba’du.

Surat Saudagar Raja kepada Francis Light (MS40320/3 folio 41) berkenaan penghantaran 10 koyan beras, pembayaran hamba dan kerani yang lari ke Pulau Pinang

Al-Rafiq al-A’la

Diperhamba Dato’ Saudagar Raja maklumkan sembah ke hadrat Dato’ Tuan Gurnador yang dalam aman Tuhan seru alam sekalian.

Monday, November 16, 2015

Surat Syahbandar Nakhoda Pu Saleh kepada Francis Light (MS40320/3 folio 40) berkenaan bekalan lada (27 Muharam, Ahad)

Ini surat serta tulus dan ikhlas serta suci hati yang tiada tirai dan hijab dalamnya iaitu daripada Syahbandar Tuan Nakhoda Pu Saleh bifadlika Allah Malik al-Rahman yang di dalam negeri Aceh bandar Dar al-Salam, barang disampaikan Tuhan Allah Al-Rahman jua kiranya kepada pihak sahabat kita Gurnador Kapitan Light yang telah bermakam sekarang di Pulau Pinang dan yang telah dipeliharakan Tuhan Azza Wajalla jua kiranya daripada segala mara bahaya seterunya serta bertambah2 selamat atasnya amin, waba’du.

Sunday, November 15, 2015

Surat Pu Chat kepada Francis Light (MS40320/3 folio 39) berkenaan harga pinang dan lada, 21 Muharam 1201, Tahun Dal (13 November 1786)

Qawluhu al-Haq

Surat cap Pu Chat beri taruh pada Dato’ Gurnador Pulau Pinang.

Surat Tengku Panglima Besar Selangor kepada Francis Light (MS40320/3 folio 38) memaklumkan barang dagangan yang dihantar

Nur al-Shams Wa al-qamar

Bahawa ini surat tulus dan ikhlas serta putih hati yang amat hening dan jernih, iaitu daripada Tengku Panglima Besar yang di dalam negeri Selangor, barang disampaikan Tuhan seru sekalian alam apalah kiranya datang kepada sahabat kita Senyur Gurnador yang memerintahkan Pulau Pinang dan sangatlah masyhur warta yang ihsan itu pada segala negeri di Timur itu serta memelihara segala dagang senteri yang keluar masuk serta duduk dengan sihat dan afiat ala al-dawam, amin ya rab al-alamin, wa ba’dahu.

Thursday, November 12, 2015

Surat Raja Muda Perlis kepada Francis Light (MS40320/3 folio 37) berkenaan permintaan budak perempuan daripada Francis Light (Selasa, 1 Syaaban 1202 Tahun Dal Awal / 6 Mei 1788)

Al-Musqah

Surat tulus ikhlas berkasih kasihan muafakat yang tiada berputusan selagi ada perkitaran cakerawala matahari dan bulan daripada beta Raja Muda yang memerintah negeri Perlis Bandar Indera Kayangan datang kepada sahabat beta Gurnador yang empunya perintah bandar Pulau Pinang yang termasyhur gah kepujian pada segala negeri atas angin dan bawah angin dan gagah perkasa bijaksana pada kerja perang di laut dan lagi pandai pada jalan berkasih kasihan dengan segala handai taulannya.

Senarai hutang Dato Raja Dewa Makota, Dato Raja Pahlawan dan Bendahari Muhamad Lebai dengan orang Pulau Pinang (MS40320/3 folio 36) pada Ahad, 14 Zulhijah 1200, tahun Jim (8 Oktober 1786)

Qawluhu al-haq

Pada tarikh seribu dua ratus tahun pada tahun Jim, empat belas haribulan Zulhijah pada hari Ahad, bahawa pada ketika itu, ini menyatakan, maka adalah Panglima Long Abas membawa daftar pihutang Dato’ Raja Dewa Makota dan Dato’ Raja Pahlawan dan Bendahari Muhamad Lebai kepada orang Pulau Pinang. Tamat.

Tuesday, November 10, 2015

Senarai nama orang bekerja dan berhutang (MS40320/3 folio 35)

Pertama Aisah
Dan Kasim 
Dan Maulut
Dan Semail
Dan Du Rauf
Dan Pak Perak
Dan Du Manis
Dan Mukmin
Dan Jafar
Dan Dapat
Dan Cik Lah
Dan Qamar
Dan Mat
Dan Juru Mudi
Dan Panjang Epak
Dan Kamil
Dan Majid
Dan Itam
Dan Musa
Jumlahnya jadi sembilan belas orang laki laki yang boleh bekerja. Tamat.

Surat Laksamana Kedah kepada Francis Light (MS40320/3 folio 34) berkenaan penyiasatan Lebai Itam dan Kanju Tambi dan talak oleh pandai emas terhadap isterinya

Al-Mustahaqqah

Surat kasih sayang tulus ikhlas muafakat yang tiada berkesudahan daripada beta laksamana sampai pada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang.

Thursday, November 5, 2015

Surat Dato Bendahara Batu Bahara (MS40320/3 folio 33)

[MS40320/3 f.33r]

Ini surat Dato’ Bendahara Batu Bahara.

Nov 88(?)
Dato Bendara Battubar

[MS40320/3 f.33v]

Qaw al-Haq

Senarai Nama orang bekerja menebas tanah di Pulau Pinang (MS40320/3 folio 32)

Sanah 71, pada tahun zai, pada bulan Rabiul Akhir, pada hari Jumaat, pada keti itu diperbuat surat di situ ada orang menembas di Light Raja.

Tuesday, November 3, 2015

Surat Sultan Abdullah kepada Francis Light (MS40320/3 folio 31) untuk memanggil Francis Light bertemu dengannya berkaitan persediaan angkatan perang Burma menyerang Phuket

Al-Mustahaqqah

Surat tulus ikhlas berkasih-kasihan muafakat yang tiada berkesudahan daripada beta Paduka Seri Sultan Abdullah mamlakat di negeri Kedah, sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang akil bijaksana telah masyhur sampai ke mana-mana.

Monday, November 2, 2015