Friday, October 30, 2015

Surat Long Ismail kepada Francis Light (MS40320/3 folio 28) tentang penghantaran lembu dan kambing dan persiapan perahu dan senjata

Qawluhu al-Haq wa Kalamuhu al-Sidq

Surat kasih sayang serta tulus dan ikhlas yang tiada berkeputusan selagi ada perkitaran cakerawala matahari dan bulan daripada cucunda Long Ismail, barang disampaikan Tuhan alam kepada nenda Tok Kapitan Light Dewa Raja Gurnador yang telah termasyhur gah kepujian pada segala negeri sebelah timur dan barat.

Thursday, October 29, 2015

Surat Long Ismail kepada Francis Light (MS40320/3 folio 27) berkenaan penghantaran rakannya ke Singgora untuk mengutip hutang

Qawluhu al-Haq wa Kalamuhu al-Sidq

Kasih sayang yang tiada berputusan selagi ada perkitaran cakerawala matahari dan bulan daripada cucunda Long Ismail datang kepada nenda Gurnador Pulau Pinang yang telah masyhur gah kepujian pada segenap negeri timur dan barat, sangat pandai memerintah laut dan darat, lagi arif bijaksana dan dermawan.

Tuesday, October 27, 2015

Surat Long Ismail kepada Francis Light (MS40320/3 folio 25) berkenaan perahunya yang telah dirompak

Qawluhu al-Haq wa Kalamuhu al-Sidq

Kasih serta sayang yang tiada berkeputusan selagi ada perkitaran cakerawala daripada cucunda Long Ismail, barang disampaikan Tuhan seru alam kepada nenda Tok Kapitan Light Dewa Raja Gurnador Pulau Pinang yang telah termasyhur gah kepujian, pandai pada memerintah laut dan darat.

Monday, October 26, 2015

Surat Long Ismail kepada Francis Light (MS40320/3 folio 24) berkenaan permintaan 100 orang untuk membantu Francis Light di Pulau Pinang

Al-Mustahaq

Surat kasih sayang serta tulus dan ikhlas yang tiada berputusan selagi ada perkitaran cakerawala daripada cunda Long Ismail datang kepada nenda Tok Kapitan Light Dewa Raja, Gurnador Pulau Pinang yang telah termasyhur gah kepujian pada segenap negeri sebelah timur dan barat, pandai memerintah pada segenap perkaranya.

Friday, October 23, 2015

Surat Long Ismail kepada Francis Light (MS40320/3 folio 23) berkenaan penerimaan kapas 7 bandela dan kiriman tembakau dan harga damar

[MS40320/3 f.23r]
Qawluhu al-Haq wa kalamuhu al-Sidq

Kasih serta sayang yang tiada berkeputusan daripada cucunda Long Ismail, datang ke hadrat nenda Tok Gurnador Pulau Pinang yang telah termasyhur gah kepujian pada memerintah segenap perkaranya.

Thursday, October 22, 2015

Surat daripada Nakhoda Syeikh kepada Jogan Piyarat (MS40320/3 folio 22) berkenaan fitnah terhadapnya sehingga hartanya dirampas

Huwa Allah

Patik Nakhoda Syeikh, hamba yang hina, maklumkan sembah ke bawah kadam Jogan Piyarat, kapitan yang mulia lagi beroleh martabat yang tinggi daripada Allah Subhanahu Wa Taala, menjadi raja boleh menolong segala hal patik sekalian ini.

Thursday, October 15, 2015

Surat Raja Diyang Metanang kepada Francis Light di Salang (Phuket) (MS40320/3 folio 20) meminta untuk bertemu Francis Light di Salang (Phuket)

Ya Aziz

Paduka anakanda Raja Diyang(?) Metanang maklumkan pada ke bawah hadrat Paduka ayahanda Kapitan Light yang beroleh pangkat darjat kebesaran dan kekayaan, yang beroleh kurnia daripada Raja Benua Siam, tempat ti[m]puh kesukaan duduk istirehat dalam negeri  Salang, dengan kemudahan yang amat besar, amat masyhurlah paduka ayahanda duduk dalam negeri Salang itu.

Tuesday, October 13, 2015

Surat Francis Light kepada Sultan Muhammad Jiwa Kedah (MS40320/3 folio 19) berkenaan meminta izin Sultan untuk membeli gajah

Ya Ghafur al-Rahim

[Surat 1, bahagian bawah, surat daripada Francis Light]
Daulat Tuanku Shah Alam ZilluLLah Fi al-‘Alam. Ampun Tuanku. Patik Kapitan Light Dewa Raja merafakkan sembah ke bawah cerpu Duli Yang Di Pertuan Besar serta patik mohonkan ampun beribu ampun penuh limpah sedia terjunjung ke atas jemala patik hamba, ampun Tuanku. 

Monday, October 12, 2015

Friday, October 9, 2015

Surat Tuan Sayid Muhammad Terengganu kepada Francis Light (MS40320/3 folio 17) berkenaan Belanda tidak benarkan timah dibawa keluar dari Perak ke Pulau Pinang

Qawluhu al-Haq

Ini ala[mat] surat daripada sahabat Tuan Sayid Muhammad Terengganu yang bernaun[g] di dalam Selangor yang amat miskin lagi da’if. Barang disampaikan Allah kepada Dato’ Gurnador yang istirehat al-khair negeri Pulau Pinang yang beroleh pangkat martabat kemuliaan, barang (ditatapi?) Allah dalam negeri Pulau Pinang kiranya, ba’dahu.

Wednesday, October 7, 2015

Surat Saudagar Raja kepada Kapten Scott (MS40320/3 folio 16) memohon 60 bandela kapas dan kiriman 400 buah menggusta

Al-Mustahaqqah

Surat tulus ikhlas berkasih-kasihan daripada perhamba Saudagar Raja, sampai kepada Kapitan Uskat yang arif lagi bijaksana, telah masyhur ke mana2.

Surat Penggawa Telibong kepada Francis Light di Salang (MS40320/3 folio 15) berkenaan masalah hutang dan penjualan padi

Ya Qadiya al-hajat

Surat tulus ikhlas daripada adinda iaitu penggawa yang istirehat di bandar Telibong negeri Terang, datang kepada kekanda, Kapitan Laik Dewa Raja dalam negeri Kota Salang yang amat mengasih handai taulan, selagi ada perkitara[n] cakerawala matahari dan bulan, sentiasa kasih dan sayang tiada berputusan, yang pandai memerintahkan dengan segala sahabat handai bersetiawan. Telah masyhurlah arif bijaksana dengan perangai yang sempurna, sampailah gahnya ke mana-mana, dari atas angin dan ke bawah angin kedengaran baha[n]a

Monday, October 5, 2015

Daftar Senarai Pembeli Nibung Beserta Harganya (MS40320/3 folio 13 & 14)

[MS40320/folio 14 verso]
Babat fasal nibung pada Cik Sah dua ratus, harganya sepuluh riyal seemas
Sebagai pada Panglima Dua Hakim nibung lima ratus lima puluh, harganya tiga puluh tiga riyal.
Sebagai pada Mu’alim Bongsu nibung dua ratus, harganya dua belas riyal.
Sebagai pada orang Kedah seratus nibung, harganya enam riyal.