Tuesday, July 7, 2015

Surat Sultan Abdullah Mukarram Shah kepada Francis Light (MS40320/10 folio 68) meminta meriam kecil dan tentang penghantaran beras ke Pulau Pinang

Al-Mustahaqqah

Surat tulus ikhlas berkasih-kasihan daripada beta kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang telah masyhur kepada pihak perintah kebajikan.

Kemudian dari itu, barang tahu sahabat beta, maka beta pinta tolong kepada sahabat beta belikan meriam kecik panjang tiga hasta atau tengah empat, habisnya empat hasta ,barang sepuluh pasang, beri mari pada beta, dibayar harganya, diberi pergi pada sahabat beta atau pada kapal-kapal yang mari di Pulau Pinang itu tolong belikan, beri mari. 

Jika ada pada sahabat beta, diberi mari mana yang ada itu dahulu kepada beta, ada gunanya atau dengan bicara sahabat beta dipesan pergi suruh beli, bawa mari meriam kecik itu. 

Maka akan beras sahabat beta kehendak itu, sudah beta suruh Seri Maharaja Dewa tolong beli himpun taruh, mana boleh disuruh hantar pergi pada sahabat beta. Jika sudah boleh banyak beras itu, lagi beta suruh Seri Maharaja Dewa nyatakan pada sahabat beta.

Perbuat surat hari Jumaat, tiga haribulan Jamadil Akhir. Tamat.

[Di belakang surat]

Surat titah Yang Dipertuan

No comments:

Post a Comment