Thursday, May 21, 2015

Surat Sultan Abdullah Mukarram Shah Kedah kepada Francis Light (MS40320/10 folio 63) berkaitan penghantaran beras

Al-Mustahaqqah

Surat tulus ikhlas berkasih-kasihan daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang arif lagi bijaksana.


Ahwal akan surat sahabat beta beri mari, pinta tolong beras lima puluh koyan, suruh beri akan Kapitan Mako' itu sudahlah beta beri, diterima kapitan Murairah empat puluh dua koyan. 

Lain daripada itu, tiada mau terima, katanya tiada boleh nanti lagi barang sehari pun kerana sudah salah musim, hendak diberlayar akan beras dalam gudang beta itu pun tiada mau diterima. Itulah beta nyatakan pada sahabat beta.

Perbuat surat hari Isnin lima belas haribulan Ramadhan. Tamat al-kalam. Tamat.

No comments:

Post a Comment