Tuesday, May 19, 2015

Surat Sultan Abdullah Mukarram Shah Kedah kepada Francis Light (MS40320/10 folio 51) meminta Francis Light datang mengadap tentang surat ke Benggala

Qultu

Surat tulus ikhlas beta Yang Dipertuan sampai kepada sahabat beta Kapitan Light Dewa Raja serta sampai surat beta ini.



Ini pinta sahabat beta mari seketika pada beta. Jika ada kerja, sahabat beta ditinggalkan wakil sahabat beta mengerjakan segala kerja sahabat beta. Maka sahabat beta mari juga ada kerja sedikit, boleh beta bertanya sahabat beta, serta beta hendak serah beri surat ke Benggala itu akan sahabat beta. Inilah beta nyatakan, jangan tiada sahabat beta mari juga.

Perbuat surat hari Isnin, tujuh belas bulan Syawal. Tamat.

No comments:

Post a Comment