Thursday, March 12, 2015

Surat Tengku Kejuruan Jepur kepada Francis Light (MS40320/1 folio 11) tentang permintaan senapang, ubat bedil, timah, permuras dan kain

Ya Qadiya al-Hajat

Salam doa serta takzim dan takrim iaitu daripada Tengku Kejuruan Jepur yang duduk dalam negeri Langkat, barang disampaikan Allah Subhanahu Wataala, apalah kiranya datang kepada sahabat kita Gurnador yang duduk dalam negeri Pulau Pinang yang beroleh pangkat dan darjat dan yang beroleh kebesaran dan kemegahan dalam dunia negeri Pulau Pinang, amin thumma amma ba'du.

Kemudian daripada itu, akan hal Tengku Kejuruan minta hutang ialah kepada sahabat kita (jika?) kasih sayang lagi kepada kita, pertama senapang barang sekodi dan ubat bedil barang lima tong dan timah barang sebahara dan pemuras barang lima pasang dan (sin-alif-kaf-alif-kaf-alif-ta/saka kata?) dua kayu dan (sin-nun-alif-dal-alif-wa-alif/senadawa?) barang dua bahara dan kain celupan barang sekodi dan kain putih asahan barang sekodi dan batu senapang yang putih barang enam ratus. 

Satu pun tiada tanda hidup, hanyalah kiriman kita kepada sahabat kita orang dua orang dan lilin sapi gula dan (kaf-alif-fa-ta/gapit?) seratus bija. Hubaya hubaya, jangan tiada haraplah kita kepada sahabat kita melainkan Nakhoda Mamat yang membawa surat ini ialah wakil (mim-wau-ta-alif-lam-ain-alif-ha-alif-ba-alif/muat lahaba?) mana yang tersebut dalam surat ini. 

Tamat.

[Di belakang surat]

from Lankatt  10 July 91

Ini surat daripada Kejuruan Langkat.

No comments:

Post a Comment