Sunday, March 8, 2015

Surat Syahbandar Selangor kepada Francis Light (MS40320/1 folio 9) tentang penghantaran tembakau serta meminta opium (Sabtu 20 Jamadil Awal 1201 / 10 Mac 1787)

Nur al-Shams Wa al-Qamar 

Bahawa ini surat tulus dan ikhlas serta suci hati yang putih dan hening dan jernih iaitu daripada Syahbandar Selangor yang daif lagi miskin barang disampaikan Tuhan sarwa sekalian alam apalah kiranya terkhusus kepada sahabat kita Senyur Gurnador Misteri  Lait yang bermakam serta memerintahkan di bawah angin ini kebesaran kompeni Inggeris dan masyhur wartanya yang ihsan memerintahkan Pulau Pinang serta memeliharakan segala dagang senteri yang pergi mari itu serta ditetapkan Tuhan semakmur hidup dalam dunia ini dengan kebesarannya dan kemuliaannya fi al-din amin thumma amin wa ba’du al-kalam 

daripada itu barang mafhum kiranya Senyur Gabernor  adalah kita menyuruhkan Nakhoda Sawal itu namanya dengan sebuah banting serta adalah membawa tembakau sedikit dan kain beli melainkan dengan tolong Senyur Gubernadorlah  daripada sakit sukarnya barang suatu hal ehwalnya di Pulau Pinang itu dan lagi sahaya minta tolong opiun  yang baik barang dua peti barang berapa harganya taruh dalam tapak tangan berikan kepada Nakhoda Sawal itu insya Allah Taala kepada musim selatan inilah sahaya sendiri datang ke Pulau Pinang mendapatkan Senyur Gubernador  itu akan opiun  itu jangan tiada sahaya ditolong sekali ini Allah Allah Allah satu pun tiada tanda burhan al-wujud sahaya kepada Senyur Gubernador hanyalah setimah empat puluh kati beratnya kiriman sahaya kepada sahabat kita itu umpama setangkai bunga juga adanya pergi surat kepada dua puluh haribulan Jamadil Awal kepada hari Sabtu termaktub dalam Selangor intaha al-kalam

No comments:

Post a Comment