Friday, March 27, 2015

Surat Laksamana Perak kepada Francis Light (MS40320/1 folio 46) 1791/1792 tentang penerimaan surat dari Nakhoda Manjung dan bayaran budak Perak lari ke Pulau Pinang

Ya Aziz 

Maka inilah warkah al-ikhlas serta suci putih hati selagi ada peredaran cakerawala matahari dan bulan, iaitu daripada Laksamana di negeri Perak Darul Ridwan, barang disampaikan Tuhan seru sekalian alam apalah kiranya pada Tuan Gurnador Yang Maha Mulia merintahkan negeri Pulau Pinang yang akal bijaksana, maka masyhurlah disebut orang nama yang kepujian sampai ke mana-mana. 


Ahwal seperti surat daripada Tuan Gurnador dibawa Nakhoda Manjung, telah fahamlah saya segala yang tersebut dalamnya itu. Akan hal seperti timah Tuan Gurnador pada Yang [Di]Pertuan sudah saya sembahkan. Maka diberi Yang Dipertuan surat kepada Tuan Gurnador, dibawa Nakhoda Manjung, di dalam itu entah apa-apa perkataannya, tiadalah saya ta[h]u. Inilah saya nyatakan pada Tuan Gurnador. 

Sebagai lagi, seperti budak orang Pulau Pinang lari ke Perak, budak orang Perak lari ke Pulau Pinang, enam riyal (pembalitnya?). 

Tamat pada tarikh 1206, bi al-khair wa al-salam. 

No comments:

Post a Comment