Wednesday, March 11, 2015

Surat Laksamana Kedah kepada Francis Light (MS40320/1 folio 6) tentang masalah Kapten Jaga-jaga yang tidak kenal orang dan tidak tahu berbahasa Melayu

Al-Mustahaq 


Surat tulus ikhlas daripada beta Laksamana datang pada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang. Maka adalah surat sahabat beta dibawa Kapitan Jaga-jaga sampailah pada beta. 


Maka tersebut dalamnya Kapitan Jaga-jaga tangkap orang ini lima orang, serta dengan keris, lembing dengan parang. Sudahlah beta terima serah beri pada orang itu beri pulang kain dan lembing buruk, harta orang pukat enam batang itupun sudah mata-mata terima ambil taruh, akan perahu anak mata-mata imam Alang itu pun sudah beta periksa, katanya dipanggil Jaga-jaga dengan meriam, maka ia hendak dayung pergi mendapat Jaga-jaga, tiada terdayung dengan sebab orang tiga orang, lagi perahu pun berat dimuat nibung, dengan hal itulah ia dayung masuk di Sungai Raga. Maka oleh sampan Jaga masuk dengan supai banyak dengan senapang, maka ia takut kerana budak kecil tiada berakal.

Maka inilah beta nyatakan pada sahabat, perahu itu dengan segala kelengkapan perahu dan bilang dan kapak dan (kuklaq?) dan (pengetal?) dan (kupak?). Dalam (kukpak?) itu kain pakai anak mata-mata dan (fa-ta-dal-nga/petadang?) dan ikat dayung enam puluh dan barang sedikit-sedikit. Tersebut dalam surat sahabat suruh maklum ke bawah duli Yang Dipertuan Yang Maha Mulia, maka tiada berdan Beta mudik kerana Kapitan Jaga-jaga hendak berlayar bangat pergi ke Pulau Bunting, kemudianlah beta beri pergi pada hemat beta.

Maka Kapitan Jaga-jaga ini tiada mengenal orang, lagi tiada tahu Bahasa Melayu, maka Melayu pun tiada tahu Bahasa Inggeris. Maka barang ke layar jumpa dengan Melayu hati keras kalau-kalau ia melawan jadi binasa kerja hemat beta. Maulah sahabat beta Gurnador beri satu perahu kici, beri Melayu yang diharap, beri berlayar bersama-sama Jaga-jaga, boleh dilihat orang baik dan orang jahat, tiadalah jadi susah orang, Jaga-jaga itu lihat barangkali orang jahat ia beri alamat satu-satu tanda, boleh Jaga-jaga ikat pukul, tiada susah orang miskin cahari makan ikan barang suatunya lepas ia daripada (ditangkap?) Jaga-jaga. Ahwal itulah beta nyatakan. 

Pergi surat pada hari Selasa. Tamat. 

No comments:

Post a Comment