Thursday, March 26, 2015

Surat Francis Light kepada Saudagar Raja (MS40320/3 folio 1, surat 7) 15 April 1787

Surat tulus ikhlas daripada Gurnador Pulau Pinang sampai kepada sahabat beta Saudagar Raja. 


Ahwal akan beras sahabat beta beri mari dibawa Nakhoda Sibu itu. Tersebut dalam surat sahabat beta enam ratus gantang. Maka disukat dalam kapal lima ratus sembilan puluh gantang dan kapur kurang senalih tengah empat koyan, sudah beta terima ambil. 

Bermula itulah, karung Aceh tiga ratus, beta serah beri pergi kepada Nakhoda Sibu. Sahabat beta terimalah ambil. 

Syahdan minta sahabat beta cahari biji jarak, beri mari mana bolehnya, beta hendak buat minyak. Maka mana yang ada padi itu minta sahabat beta mu[at] [...terkoyak...] dengan segeranya. 

Ahwal inilah beta nyatakan. Perbuat surat pada [...terkoyak...] haribulan Jamadil Akhir, hari Isnin. Tamat al-kalam.

Francis Light 15 Apr 87

No comments:

Post a Comment